AHLAN WASAHLAN

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

Ahlan Wasahlan. Salam taa'rruf min ana. Marilah kita rapatkan ukhwah sesama kita. Semoga peluang yang ada ini kita dapat gunakan untuk berpesan-pesan kearah kebaikan Insyaallah. Hope di blog ni kita dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Buat kalian yang telah melayari blog ni, syukran jazilan.
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Sifat-sifat memilih sahabat. Alqamah berpesan kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup perkara diatas pada seseorang kenalan kamu, maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat yang akan membantu menuju jalan hakiki."
Insya ALLAH....


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, May 17, 2007
sEBuaH iMpiAn

Menyelak buku yang dihadiahkan oleh seseorang, ”Wanita Solehah – Kedudukan dan Personaliti Serta Ciri-cirinya” hati tersenyum namun gusar di hati sukar untuk ditafsir. Mampukah diri ini bergelar wanita solehah? Mampukah diri ini menjadi wasilah kepada sebuah pembentukan usrah muslim untuk mentarbiyyahkan anak-anak dan keluarga dengan berpandukan AlQuran dan assunnah? Benar, tanggungjawab itu terlalu berat, maharnya terlalu mahal untuk meraih syurga di sana.

Dengan arus kehidupan globalisasi, mehnah seringkali menggoyah kekuatan diri. Andai tiada sandaran yang ampuh, sudah pasti diri ini akan rebah akur dengan kehendak duniawi.Hati seringkali menangis melihat muslimah sekarang. Sekalipun kemajuan dan kemewahan terhampar namun ia membuatkan kita semakin jauh daripada keberkatan dan rahmat kasih sayangNya. Kita dilalaikan dengan ehwal duniawi, sedangkan janjiNya adalah pasti! Dunia sudah tua benar! Ia hanya menanti masa tunggu dipulihkan dengan tiupan sangkakala.

Tika dan saat itu, adakah kita dijanjikan untuk taubat yang akan diterima? JanjiNya itu pasti! Mati juga pasti! Sesungguhnya kita tidak pernah dijanjikan umur yang beratus tahun. Jadi, di manakah titik persetujuan bahawa kita perlu menunggu usia emas untuk bertaubat dan beribadah menutup lompang kejahilan di usia muda? Tiada perjanjian itu!

Ana, dan saudari semua takkan tahu bila ajal kita akan datang. Tahukah kita, malaikat maut sentiasa menziarahi kita. Kunjungan hormat, walaupun tiada terzahir oleh mata zahir namun hati mampu merasainya. Jika hari ini adalah hari terakhir kita di dunia ini, sudah bersediakah kita untuk mengadapNya? Berapa banyak amal yang telah tersedia sebagai bekalan selamat di sana? Sudahkah kita tunaikan hak diri kita sepanjang usia kita? Aurat, akhlak, amalan ibadah… bagaimanakah timbangan semuanya itu? Cukupkah untuk kita berlalu pantas pada titian sirat? Ataupun kita perlu merangkak, lantaran bekalan kita terlalu naif.

Saudariku tersayang, atas dasar kasih sayang ini, ana memohon muhasabahlah diri. Tiada manusia yang akan sempurna, namun bukan satu perkara yang salah untuk kita sentiasa berubah ke arah kesempurnaan. Renung-renungkanlah. Adakah aurat kita terjaga? Pakaian kita adakah seperti yang islam anjurkan? Akhlak kita adakah mengikut lunas syariat? Siapakah turutan keutamaan dalam amalan kehidupan kita? Ketahuilah, Islam adalah agama yang syumul dan ia takkan menyusahkan pengikutnya! Ayuh, lapangkan hatimu. Lihatkan keindahan Islam yang tersedia buatmu muslimah. Setiap perkara yang islam bahaskan adalah demi kebaikanmu.

Jadilah muslimah yang menjadikan Deen sebagai pakaiannya, jadikan malu itu sebagai kehormatanmu. Janganlah cemarkannya. Ketahuilah jua, dirimu dan diriku adalah wanita istimewa, nilaian wanita muslimah terlalu mahal. Sanggupkah kita merendahkan mahar yang semahalnya itu dengan akhlak yang buruk, dengan pakaian kita yang tidak menutup aurat, dengan tindakan kita yang kurang sopan.

Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah. Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf, bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka.

Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buatmu. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, bahawa dirimu muslimah terlalu indah untuk dipertontonkan di khalayak.

Diri ini akan menjadi insan paling gembira jika titipan mesra ini dibaca oleh muslimah, lalu ia muhasabahkan dirinya. Berubahlah demi kebaikan, kerana dirimu dan diriku jua berhak meraih syurga firdaus yang dijanjikanNya!

Ameen..Bi Iznillah Ya Rabbana..

by adibsmarni Sdn Bhd


Posted at 5/17/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

KeMbaRa kE aLAm CinTa

"Keindahan cinta yang berbalas bagaikan tak terucap dengan kata-kata. Ia akan membungakan pamitan rindu yang mendalam dan mengharapkan ia sentiasa subur di persada hati. Tahukah kita bercinta kasih pada Allah, kita pasti dianugerahkan rasa sedemikian. Berbanding dengan cinta manusia. Kembara Cinta mengungkap sekelumit ranjau dalam mendamba Cinta Allah.

"Telah ditentukan fitrah insani, ingin bercinta dan dicintai, cinta pada Tuhan,c inta pada insan. Fitrah manusia telah ditentukan oleh Allah memiliki rasa saling mengasihi. Alangkah indahnya andai rasa tersebut dipimpin menuju redha dan maghfirah Allah.

"Namun, kembara menuju cinta Allah sudah pasti mengundang sejuta rintangan dan ranjau. Pengorbanan Cinta Demi cinta, jarang manusia yang tidak sanggup berkorban. Namun, apakah kita sanggup menggadaikan diri dan segala balutan kemewahan untuk benar-benar memburu cinta-Nya. Bandingkanlah diri kita dengan kisah para insan soleh yang bersungguh menghayati cinta Ilahi Warna Cinta Penuh Kekeliruan.

"Namun cinta penuh kembara, mudah menyimpang bahagia dicita tapi sengsara. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang bagaimana menikmati kelazatan dan kemanisan iman."Tiga perkara yang perlu ada untuk merasai kemanisan iman ialah mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, mengasihi saudaranya kerana Allah dan membenci perkara yang dimurkai Allah sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka".

"Begitulah, seandainya kita terpandu dengan suluhan Islam, masakan cinta kita akan tersasar dan jauh menyimpang. Kata orang, cinta itu buta. Cinta yang buta hanyalah cinta murahan yang menaruh rasa pada setiap nikmat duniawi yang sementara.

"Sekadar renungan, penyuburan iman berpaksikan kesungguhan kita menjalin kesucian cinta kepada Pencipta. Kerana sesungguhnya mencintai-Nya adalah cinta teragung. Bersamalah kita merafa'kan kesyukuran bersulamkan ketaatan agar kita terpandu menuju Destinasi Cinta yang Abadi "

by adibsmarni Sdn Bhd


Posted at 5/17/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Sunday, May 13, 2007
Adik Nuur Qistina Hayani

Assalamualaikum wbt,

Mohon Sumbangan Kos Surgeri Nuur Qistina Hayani

Mohon sumbangan ikhlas untuk surgeri kanser hati Nuur Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz.

Baby kami yang berusia 6 bulan ini disahkan mengidap Hepatoblastoma - sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku.

Sumbangan boleh diberikan ke akaun Maybank Nazrol Hafiz - No Akaun 154017298056.

Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sila forwardkan email ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.

Nazrol Hafiz Tel : 013-358 3553 Email : nazrol @ gmail.com / nazha @ yahoo.com

by adibsmarni Sdn Bhd


Posted at 5/13/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Saturday, May 12, 2007
Menanti Di Barzakh - Far East

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

by adibsmarni Sdn Bhd


Posted at 5/12/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Friday, April 20, 2007
hEnSEm vS taK heNseM

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool gila... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mahu bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/20/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Thursday, April 19, 2007
caRiLaH tEmaN yG baiK

Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan." Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita. Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu. Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal. Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan. Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan. Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/19/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

pEngORbAnaN sEOraNG iBu

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/19/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Pengalaman itu sebenarnya sangat indah

Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita.. bahawa erti kehidupan yang sebenarnya... bahkan mengajar kita siapakah diri Allah yang hakiki.. pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati.. pada hati yang mudah tersentuh...telus...dan halus... Namun ucapan"aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita... sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup... erti menjadi seorang mukmin yang sejati.. Tidak mengapa kita merintih.. akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi.. kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya.. tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian.. Allah tak pernah menolak kehadiran kita.. kita saja..yang menolakNya.. Nauzubillah... Andai tiada pengalaman ini.. adakah kita akan mengingati Allah... tepuk dadamu.. tanyalah imanmu.. kerana apa..imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur... kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi... ingatlah duhai sahabat.. tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik... Nantikanlah hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/19/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Pengalaman itu sebenarnya sangat indah

Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita.. bahawa erti kehidupan yang sebenarnya... bahkan mengajar kita siapakah diri Allah yang hakiki.. pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati.. pada hati yang mudah tersentuh...telus...dan halus... Namun ucapan"aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita... sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup... erti menjadi seorang mukmin yang sejati.. Tidak mengapa kita merintih.. akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi.. kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya.. tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian.. Allah tak pernah menolak kehadiran kita.. kita saja..yang menolakNya.. Nauzubillah... Andai tiada pengalaman ini.. adakah kita akan mengingati Allah... tepuk dadamu.. tanyalah imanmu.. kerana apa..imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur... kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi... ingatlah duhai sahabat.. tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik... Nantikanlah hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/19/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Sunday, April 15, 2007
Salam Taa'rruf

 

assalamualaikum....

ahlan wasahlan. ana amat mengalu-alukan kunjungan kalian dalam blog ana ni. marilah kita rapatkan ukhwah sesama kita. ana juga sangat mengharapkan sebarang komen yang berguna daripada kalian. andainya ada salah harap diberi teguran. marilah kita berpesan-pesan kepada kebaikan & kesabaran. insyaallah, semoga ukhwah yang tercipta ini akan mendapat keberkatan dan kebaikan. salam taa'rruf min ana. JIHAD FISABILILLAH

by adibsmarni sdn bhd


Posted at 4/15/2007 by Teratak Kasih Kekasih
Make a comment  

Previous Page Next Page